berubah di saat dikau mengenal Allah..
"Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia itu (berbanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit)". (surah Ar-Ra'd: 26)
kita merancang dan Allah jua merancang.namun perancangan Allah adalah yg terbaik.alhamdulillah ala kulli hal.
nak tlis banyak cuma kelapangan waktu perlu dicari.alhamdulillah stdy leave kali ni banyak perkara yg belajar.
stdy leave yg agak mencabar-rutin harian sebagai srg gadis..^_^ngee...+ kerenah kanak-kanak kecil yg pelbagai + suasana yg terlalu tenang..maklumla meja stdy mengadap tingkap.dari tingkap bilik terus nampak sawah padi yg terbentang luas..dengar kicauan burung dan arus air yg mengalir tenang..subhanallah maha suci Allah..+ etc..
namun kesihatan agak kurang baik.unknown etiology.petua menghadapinya,harus kuat semangat..entahla antara percaya dan tdk..srg yg sy percayai dan alim dlm ilmu-ilmu sebegitu menyatakan..
'ade 'benda' dari jiran-jiran yg berdekatan.'benda' tu tdk dipedulikan tuannya.jadi 'benda tu kacau..' entahla..ape-ape pun cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pelindung.
then bout pengisian rohani kat kelantan.emm,so far sebab petang2 ngajar ngaji kanak-kanak riang kat kampung,then adela kne ke kb etc..ukhti2 ade contact.kne jumpa adik2 bagi pengisian etc..alhamdulillah..komitmen perlu diberikan.
emm,majlis kawan2 pula..ade yg tunang ade yg kawen,klu ade kelapangan sy pergi,insyaAllah.cuma x berani nak janji.klu majlis-majlis kat kelantan insyaAllah sy cuba pergi.
banyaklagi x baca buku!!..semoga thabat dlm perjuangan sbgi hamba Allah dibumi 'ujian' ini..amiin..
Jika kita benar dan berjaya… syukur. Jika kita tersalah, kita akur… kita ukir taubat dengan segera. Dosa kita menggunung tinggi, namun rahmat Allah melaut luasnya. Dengan berbekal takut (akan murkaNya) dan harap (ampunan-Nya), kita terus melangkah… patah sayap terbang jua. Jatuh tersungkur, bangkit semula walau terpaksa bertongkat dagu!
Ketidak pastikan kekadang mengajar kita tentang kejituan
“God always move in a mysterious way…”
orang tua-tua berpesan, jangan sekali-kali mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Hati-hati, semakin tinggi pokok yang dipanjat, semakin kuat angin yang menggoyang. Apakah kekuatan yang boleh membakar daya juang untuk terus bersemangat pada ketika yang begitu genting dalam perjalanan hidup seseorang?
Jawabnya, jangan panjang angan-angan… Manfaatkan masa yang ada dan terus berkerja dalam waktu-waktu kritikal itu dengan segera. Kita tidak harus disusah-susahkan oleh angan-angan tentang masa depan yang jika dibayangkan pada masa sekarang akan membuat kita muram.
Oleh itu kita mesti merancang dan bekerja dengan apa yang sedang ada di tangan, tanpa takut dan bimbang akan hal-hal yang tidak menentu atau terbayang dalam angan-angan. Yang di tangan itulah realiti, yang ada dalam angan-angan itu cuma ilusi. Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar - masa lalu yang memori dan masa depan yang ilusi. Hidup sebenar ialah hari ini yang realiti. Pengalaman hidup banyak mengajar kita bahawa adalah tidak wajar buat kita meneka-neka atau menjangka sesuatu yang tidak pasti pada masa depan. Samada yang kita jangkakan itu baik atau buruk. Jika kita mengangan-angankan yang baik, kita akan jadi ‘over confident’. Jika kita hanya mengangan-angankan yang buruk, kita akan jadi pesimis. Kedua-duanya memusnahkan.
Ya, untuk mendapat ketenangan pada saat-saat kritikal dalam hidup ialah: Pendekkan angan-angan. Hiduplah dalam lingkungan hari ini. Saya ulang lagi, hiduplah dalam lingkungan hari ini. Ertinya, jangan dikhuatiri hari esok, jangan bimbangkan hari semalam…. Susun jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang.
Hidup umpama membaca lembaran-lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal. Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang mood untuk membacanya. Atau terlalu gelojoh hingga membacanya secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib muka surat. Bacalah dari muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Buku yang tebal akan habis juga dibaca akhirnya. Bukan sahaja habis dibaca, bahkan ilmu yang dihidangkan akan dapat dihadamkan dengan mudah. Inilah rahsia ketenangan jiwa para sahabat Rasulullah S.A.W. Mereka adalah individu yang pendek angan-angan dan menggunakan sepenuhnya kesempatan yang sedia ada di tangan. Mereka hidup tanpa rasa gundah dengan apa yang telah terjadi kelmarin dan tidak pula bimbang dengan apa yang bakal terjadi esok.
Mereka tidak terdera dengan percubaan melihat masa depan dengan teropong angan-angan yang serba samar. Para sahabat nabi bukanlah pakar psikologi tetapi sikap mereka tepat seperti mana yang dikatakan oleh para psilogist moden:
“Tugas kita bukan melihat apa yang terletak jauh dan masih samar di hadapan, tetapi melakukan apa yang jelas di tangan.”
hidup adalah perubahan yang tidak henti-henti. Jangan cuba mengawalnya. Jangan cuba mengambil ‘tempat’ Tuhan untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya hanyalah DIA yang tidak berubah-rubah. Inilah hikmah mengapa Qada’ dan Qadar Allah dirahsiakan daripada pengetahuan manusia. Agar dengan itu manusia boleh hidup dengan aman tanpa diganggu walau sedikitpun oleh pengetahuan tentang masa hadapan.
Tidak ada gunanya berangan-angan. Angan-angan tentang kebaikan akan menyebabkan seseorang itu alpa. Angan-angan tentang keburukan akan menyebabkan seseorang itu kecewa. Manusia angan-angan tidak akan dapat merancang, bekerja dan berusaha dengan baik.
petikan kata-kata semangat dari blog genta rasa^^,
Alam adalah sebuah ‘universiti’ yang luas dan besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan manusia terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.
Bezanya ialah ada diantara para kita yang cepat belajar dengan hidup sebaliknya ada di antara mereka yang tidak pernah atau lambat belajar. Yang belajar, akan ‘naik kelas’ dan layak untuk mengambil mata pelajaran baru yang lebih tingkat dan martabatnya. Yang tidak belajar, terpaksa mengambil mata pelajaran yang sama berkali-kali. Jadi langkah pertama supaya kita ‘lulus’ dalam pelajaran hidup ialah kita perlu akur bahawa setiap yang berlaku di dalam kehidupan ada unsur pengajaran dan didikan buat kita. Setiap peristiwa, pahit atau manis, setiap individu, baik atau buruk – hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Dan setiap guru itu mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala kelihatan pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.
apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Allah.
Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik
Manusia umpama nakhoda yang belayar di lautan. Sebagai nakhoda kita punya arah dan destinasi tersendiri. Tetapi tiupan angin, pukulan gelombang dan cuaca tidak selalunya menyebelahi kita. Kekadang arah pelayaran kita ke utara tetapi angin bertiup ke selatan. Kita akan tersasar dari destinasi jika menurut sahaja tiupan angin.
Sebaliknya kita akan patah, jika terus berkeras menentang tiupannya.
“we can’t direct the wind but we can adjust our sail.”
orang yang berhijrah terpaksa meninggalkan zon keselesaan (comfort zone) untuk menuju zon cabaran (courage zone).
Belajarlah di universiti kehidupan semasa masih ada masa lagi, supaya kita tidak diburu penyesalan apabila tempoh pengajian tamat (mati).
Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja’ (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada ‘musabbabil asbab’ (Penyebab segala sebab) – wajah MU ya Allah.
Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.
makna yang sangat mendalam dari nasihat Rasulullah saw kepada isterinya, Aisyah ra :
"Jauhilah neraka, meskipun dengan (bersedekah senilai) separuh biji kurma." "Janganlah engkau menghina sebuah kebajikan, meskipun engkau mendapati saudaramu dalam keadaan berseri-seri wajahnya." (HR Muslim)
"Wahai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui." (QS Luqman : 16)
Setiap kebaikan pasti ada manfaat bagi pelakunya atau bagi orang lain. Kalau balasannya tidak di dunia, insyaAllah akan mendapat ganjaran di akhirat.
Dunia ini seperti hutan belantara yang gelap yang tidak mempunyai cahaya dan siapa yang tidak tahu jalan, pasti akan tersesat. Lampu kehidupan dan cahaya itu adalah iman kepada Allah swt sedangkan minyak atau bahan bakarnya adalah amal-amal soleh.
Manusia memang tidak akan luput dari :
a. Pasang surut semangat.
b. Naik turun iman.
c. Irama hati yang berubah-ubah.
Keadaan ini boleh mempengaruhi kesinambungan sebuah amal.
jadi amat perlu utk menyegarkn semula amal2 td,mungkin dgn mengubah cara,ubah dari kebiasaan..
Hidup ini terlalu berat untuk dijalani seorang diri, bahkan meskipun oleh seorang mukmin. Demikian juga usaha menjaga kesinambungan amal.
Kalaulah tidak seperti itu, tentulah Rasulullah saw tidak begitu menekankan pentingnya hidup berjamaah, sebuah bentuk lain dari menolak kesendirian kerana seperti perumpamaan yang disampaikan oleh Rasulullah saw bahwa serigala itu akan memangsa kambing-kambing yang sendirian.
Ya Allah, jadikanlah diri kami istiqamah dan berterusan dalam melaksanakan amal-amal kebajikan. Tetapkanlah kaki-kaki kami di atas jalan kebaikan walaupun ianya kecil kerana sesungguhnya nilai amal dan ganjaran yang dijanjikan olehMu di akhirat nanti sungguh besar.
Ameen Ya Rabbal Alameen
hoho^^, mcm ni rupanye skematikletronik belaja berjimat cermat..
Hidup ini indah,bukanlah satu ungkapan yang senang,terutamanya bila hati gelisah dan gundah,sedih atau dirundung musibah.teringat kata-kata dari sebuah buku..
‘apa pun yg terjadi kpd kita adalah satu kurnia dari sang Pencipta,kepahitan dan air mata akan memperhaluskan lagi jiwa dan membuat ia lebih peka..’
Kadang-kadang kita cenderung untuk membandingkan diri sendiri dgn org lain,disitulah punca timbulnya keluh kesah.kita merasakan kita perlu memiliki sesuatu yg dimiliki org lain,padahal Allah mengajarkan kpd kita supaya sentiasa melihat ke bawah,melihat orang-orang ygjauh kurang bernasib baik.kerana disitu kita akan lebih bersyukur..
Allah itu Maha Tahu dan Maha Kaya,mintalah kpdNya kebahagiaan didunia dan diakhirat..
Jgn meletakan ukuran kebahagiaan itu pada pandangan kasar manusia,tapi ukurannya pada pandangan mata hati..ketika kita masih aman,diberi nikmat kesihatan,punya rezeki untuk menjalankan hari ini,kenyang,tdk kehausan etc..hidup ini juga perlu kita syukuri,kerana Allah sentiasa bersama kita dan memberikan yg terbaik kpd kita.
Alhamdulillah atas segalanya..bukankah nikmat Allah yg ada pada kita terlalu banyak..?
Allah tdak akan pernah meninggalkan hambaNya yg selalu berserah diri,berikhtiar dan berdoa kpdNya..yakinlah Allah tdk akan membiarkan hamba-hambaNya..^^
Jadi hadapilah hidup ini dengan senyum dan rasa syukur, karena kebaikan adalah dari Allah.
karena hidup kita adalah proses menjadi lebih baik.
Berusaha dan berikhtiarlah menjalani hidup ini sebaik-baiknya,teliti setiap amal dan pekerjaan yg kita lakukan.supaya segalanya ikhlas semata-mata kerana Allah.
Allah tdk memandang kpd fizikal,pakaian,rupa paras dan harta hambaNya,tapi Allah memandang kpd takwa,kpd hati hambaNya itu,adakah disitu ada ikhlas?dimata Allah,mungkin srg suri rumah sama sahaja pentingnya dgn pengarah sebuah syarikat yg besar,kerana Allah tdk memandangsebagaimana sesetengah manusia memandang.Allah memandang kpd hati hambaNya.
Indahnya hidup bila menghargai setiap amanah diatas bahu kita.jadilah anak yg baik bila diberi amanah oleh Allah utk menjadi anak,jadilah pelajar yg baik,jadi doctor yg baik,jadi ibu yang baik,,dan berusaha untuk menjaga amanah itu sebaik-baiknya..
Surat Albaqaroh ayat:153.
Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
azzumar:ayat 10
Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tampa batas.”
hati yg perlu di baik pulih..proses yg menelan pengorbanan yg banyak, menuntut mujahadah yg tinggi,hati itu perlu dibaiki segera
kerana hati itulah yg akan dibawa berjumpa Rabbnya..
PERTOLONGAN AKAN DTG DGN KESABARAN.. permusafiran seketika didunia,carilah bekal..utk ke negeri akhirat..agar tiba kesana dgn selamat.. permusafiran yg hanya satu..hanya didunia ini
dan tempatnya pula penuh ujian dan tribulasi.. selamatkanlah kami semua ya Tuhan..
^_~ RESILIENCE! kerana kita sedang diuji.sedang dilihat Allah
“Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki maupun perempuan dalam Keadaan beriman, Maka Sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan Sesungguhnya akan Kami beri Balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan”.( An-Nahl : 97 )