20 January 2011

nilai sebuah amal..


berbuat baiklah walaupun kecil..


makna yang sangat mendalam dari nasihat Rasulullah saw kepada isterinya, Aisyah ra :

"Jauhilah neraka, meskipun dengan (bersedekah senilai) separuh biji kurma."
"Janganlah engkau menghina sebuah kebajikan, meskipun engkau mendapati saudaramu dalam keadaan berseri-seri wajahnya." (HR Muslim)


"Wahai anakku, sesungguhnya jika ada (sesuatu perbuatan) seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di dalam bumi, nescaya Allah akan mendatangkannya (membalasinya). Sesungguhnya Allah Maha Halus lagi Maha Mengetahui." (QS Luqman : 16)



Setiap kebaikan pasti ada manfaat bagi pelakunya atau bagi orang lain. Kalau balasannya tidak di dunia, insyaAllah akan mendapat ganjaran di akhirat.


Dunia ini seperti hutan belantara yang gelap yang tidak mempunyai cahaya dan siapa yang tidak tahu jalan, pasti akan tersesat.
Lampu kehidupan dan cahaya itu adalah iman kepada Allah swt sedangkan minyak atau bahan bakarnya adalah amal-amal soleh.



Manusia memang tidak akan luput dari :

a. Pasang surut semangat.

b. Naik turun iman.

c. Irama hati yang berubah-ubah.

Keadaan ini boleh mempengaruhi kesinambungan sebuah amal.

jadi amat perlu utk menyegarkn semula amal2 td,mungkin dgn mengubah cara,ubah dari kebiasaan..

Hidup ini terlalu berat untuk dijalani seorang diri, bahkan meskipun oleh seorang mukmin. Demikian juga usaha menjaga kesinambungan amal.

Kalaulah tidak seperti itu, tentulah Rasulullah saw tidak begitu menekankan pentingnya hidup berjamaah, sebuah bentuk lain dari menolak kesendirian kerana seperti perumpamaan yang disampaikan oleh Rasulullah saw bahwa serigala itu akan memangsa kambing-kambing yang sendirian.

Ya Allah, jadikanlah diri kami istiqamah dan berterusan dalam melaksanakan amal-amal kebajikan. Tetapkanlah kaki-kaki kami di atas jalan kebaikan walaupun ianya kecil kerana sesungguhnya nilai amal dan ganjaran yang dijanjikan olehMu di akhirat nanti sungguh besar.

Ameen Ya Rabbal Alameen

hoho^^, mcm ni rupanye skematikletronik belaja berjimat cermat..

No comments: