Showing posts with label ibadah. Show all posts
Showing posts with label ibadah. Show all posts

10 August 2011

dhuha

Dhuha itu
Terang
Pada cahayanya

Terang
Pada sujudnya
Sang hamba
Yang mendambakan
PandanganNya
Pada doa
Pada rintihan
Pada pengharapan
Yang mensyahdukan waktu dhuha itu

Bukankah dahulu
Ar-rasul
Antara solat awalnya dahulu
Adalah Dhuha itu
Dan ayat yang menyejukkan jiwanya
Di waktu sengsara derita
Adalah Ad-Dhuha jua?

Kerana di situ
Pada cahaya Dhuha itu
Kita akan temui sebuah kekuatan..

AisyahZ
Charles St
Glasgow

01 August 2011

random

ثلاثة لا ترد دعوتهم , الإمام العادل , والصائم حتى يفطر ودعوة المظلوم

Ertinya : “Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi” ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih )

Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith.

إن للصائم عند فطره دعوة لا ترد

Ertinya: “Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak” ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih


Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : ” dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar” (Az-Zariyyat : 18)

utamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih. Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

10 March 2009

solatku..


Solatku….
Teringat ayana pada perbualan dgn neneknya sewaktu sekolah menengah dulu..
Ayana:nek,nek tahu x sejauh mana solat itu mmpu menghalang seseorang drp melakukan maksiat pada Allah ye?sbbnya td selepas solat zohor di surau,sambil lipat kain sembahyang ,ade sorang ni tp ayana xnaklah bagitau name,dia ade ngumpat pasal cikgu..ayana terdengar sbb ayana duk dekat je ngan kawan ayana tu…mcm mn ye nek?

Nenda:hmm..kalaux silap nenekla,ade satu hadis ni yg berbunyi
كم من قائم حظه من صلاته التعب والنصب
"Berapa ramai orang yang mengerjakan sembahyang, habuan yang ia terima
hanyalah penat dan lelah. (Hadis Riwayat Al-Nasa'i)
benda ni memang biasa terjadi sebenarnya.salah satu sbbnya ialah bila kite tidak menghadirkan hati kita sewaktu solat tu dan kite x faham ape yang kite bace semasa solat tu..contohnya semasa bace doa iftitah: ُ: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah
untuk Allah,..bila kita faham apa yg kita ucapkan ni tentulah kite akan rase sesuatu,seolah2 kite telah berjanji dgn Allah bahawa segala urusan adalah kerana Allah semata2..jd kite akan lakukan ibadah tersebut sebaik mungkin kerana kite tujukan ia kepada Allah Yang Maha Agung,pencipta kita..



Ayana:tp kan nek knp kadang2 kite ssh sgt untuk khusyuk dlm solat.kadang2 kite dapat rase ketenangan dan kekuatan yang hadir setiap kali mengerjakan solat,sebolehnya biarlah rase tenang itu kite dapat sampai bila2,tp ade mase yg lain kite x rase perkara begitu ye nek?


Nenek:xpe ayana,banyak2kan berdoa mudah-mudahan perasaan itu akan hadir selalu ye..ayana xyah berputus asa ngan rahmat Allah ye..
Berkata 'ulama':
"Sembahyang itu adalah urusan akhirat, maka kamu masuk menunaikannya
(bererti) kamu telah keluar dari dunia."
'Aisyah r.a mengatakan:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يحدثنا وتحدثه فإذا حضرت الصلاة كأنه لم يعرفنا ولم
نعرفه
"Adalah Rasulullah s.a.w berbicara dengan kami dan kami juga berbicara
dengannya tetapi bila tiba sahaja waktu sembahyang ia seolah-olah tidak
mengenali kami dan kami pula tidak mengenalinya." (Hadis diriwayatkan oleh
Al-Azdi)

26 February 2009

solat2


Firman Allah yang bermaksud:
“Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah hanyalah orang yang beriman kepada-Nya dan hari kemudian, serta (tetap) mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapa pun) kecuali kepada Allah. Maka mudah-mudahan mereka termasuk orang yang mendapat petunjuk.” (Surah at-Taubah, ayat 18)

“Sesungguhnya beruntunglah orang Mukmin, iaitu orang yang khusyuk dalam solatnya, dan orang yang meninggalkan perbuatan sia-sia.” (Surah al-Mukminun, ayat 1-3)

œTidaklah seorang Muslim berdoa kepada Allah dengan sebuah doa yang tidak berisi dosa dan permintaan untuk memutuskan silaturahim melainkan Allah akan mengurniakan kepadanya salah satu dari tiga perkara: Allah akan segera memakbulkan doanya atau Allah akan menyimpan doanya sebagai pahala di akhirat atau Allah akan menghindarkan dirinya dari keburukan semisalnya. Mereka berkata: Kalau begitu kami harus memperbanyakan berdoa. Nabi bersabda: Apa yang Allah kurniakan kepada kalian lebih banyak dari yang kalian minta (Riwayat Imam Ahmad)

solat


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Apa pendapat kamu jika sebatang sungai berada di depan rumah seorang daripada kamu, kemudian ia mandi sebanyak lima kali setiap harinya, apakah tersisa kotoran darinya? Sahabat menjawab: Tentu tidak tersisa sedikit pun kotoran. Baginda SAW bersabda: Demikianlah perumpamaan solat, ia berfungsi sebagai penggugur dosa dan kesalahan.” (Hadis riwayat Muttafaqa ‘Alaih).

Sayyid Qutb dalam tafsirnya Fi Zilalil Quran menyebutkan, solat adalah jalan (mikraj) pertemuan seorang hamba yang daif dengan Allah Yang Maha Besar. Dengan solat seorang hamba berasa dekat dengan Pencipta.

Hati menjadi tenang dan jiwa sejuk. Solat ibarat sumber mata air sejuk yang tidak pernah kering oleh terik perjalanan dunia.