Showing posts with label makanan rohani. Show all posts
Showing posts with label makanan rohani. Show all posts

13 June 2011

bersediakah?


yajibu 'alayna 'an isti'dad li shahr ramadhan..
jangan biarkan bulan ramadhan yang akan tiba berlalu begitu sahaja..rugi!

hati yang lalai pada permulaan nya,akan terus leka sepanjang ketibaan bulan yang mulia itu nanti..

untuk menghadapi suatu perlumbaan,seorang atlet lari pecut memerlukan stamina yang mantap supaya dapat berlari dengan sebaiknya..
begitulah juga sepatutnya persediaan kita untuk menghadapi 'perlumbaan' merebut ganjaran di bulan Ramadhan..
ayuh sama-sama 'warm up' amalan di bulan rejab & sya'ban ni..

Segelintir cerdik pandai mengatakan bulan Rajab ialah bulan dimana benih-benih mula ditanam. Sya’ban adalah bulan dimana benih-benih itu disirami air dan Ramadan ialah bulan dimana hasil-hasil buah-buahan dipetik

allahumma balighna fi shahri ramadhan.

-pinjam kata2 farah adiba :) -

06 January 2010

santapan rohani=)


“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah yang apabila disebut nama Allh (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada tuhan mereka jualah mereka berserah. (al anfal:2)

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"سَيَأْتِي عَلَى أُمَّتِي زَمَانٌ يُحِبُّوْنَ خَمْسًا وَيَنْسَوْنَ خَمْسًا، يُحِبُّوْنَ الْحَيَاةَ وَيَنْسَوْنَ الْمَوْتَ، يُحِبُّوْنَ الدُّنْيَا وَيَنْسَوْنَ الآخِرَةَ، يُحِبُّوْنَ الْمَالَ وَيَنْسَوْنَ الْحِسَابَ، يُحِبُّوْنَ الْقُصُوْرَ وَيَنْسَوْنَ الْقُبُوْرَ، يُحِبُّوْنَ الْخَلْقَ وَيَنْسَوْنَ الْخَالِقَ "
(رواه البخاري)

Maksudnya : « Akan datang satu masa (zaman) di kalangan umatku, mereka sangat sukakan lima (5) perkara dan melupakan lima (5) perkara yang lain. Mereka sukakan penghidupan lalu melupakan mati, mereka sukakan dunia dan melupakan akhirat, mereka sukakan harta kekayaan dan melupakan hari perhitungan( akhirat), mereka sukakan rumah-rumah besar dan melupakan kubur, mereka sukakan ciptaan Allah dan melupakan Tuhan yang menciptakan »

Muaz bin Jabal r.a. mendengar sabda Rasulullah S.A.W.:

“Tidak sesekali ahli syurga akan merasai rasa kesal, melainkan (tatkala teringat) pada saat-saat kehidupan dunia mereka yang berlalu tanpa berzikir kepada Allah”