03 January 2010

=)kata2


Pada jalan berliku, moga Allah luruskan langkahku. Saat langit dunia runtuh, moga Allah teguhkan aqidahku. Saat musibah datang, moga Allah kuatkan hatiku. Saat syaitan berbisik, moga Allah lindungi diriku."

19 December 2009

wHAT SHOULD I DO?



1)COMPARTMENTALIZE BRAIN-PUT UR PRIORITY FIRST-maksudnya kat sni,life kite skrg memang x pernah lari dr masalah.normallah tu berdepan dgn masalah..tapi ade mase-mase tertentu yg kite perlu alihkn dulu masalah itu(compartmentalize)..just smile and there is nothing u cant overcome!keep on smiling...=)

2)TAJDID NIAT-perang saraf yg dilancarkn phak musuh supaya kite belajar krn exam semata-mata..totally berbeza dgn umat terdahulu sbb mereka mencari ilmu utk mengukuhkan lagi akidah kpd Allah,tapi sekarang ni cam exam oriented je..its ok..sebab it is not the end of the world..selagi nafas dijasad,selagi itu peluang utk berubah masih ada..

3)NEVER LET EMOSION CTRL UR MIND-kadang2 bila berdepan dgn emosi,kite xpndai nak cope..sbb tu ape2pun kne bertindak scr professional,asingkn hal peribadi dgn kerja ataupun lebih tepat lagi,time belajar kite belajar,jgn duk emo sgt klu ade msalah ape2.n khususkan mase tertentu seketika utk uruskn emosi@uraikan benang2 yg berselirat dikepala..teringat kata2 kak raudah dulu..dia kata..ramai org tinggi IQ nya tapi ckit sgt yg tinggi EQ nya..

4)setiap masa dan ketika,kne always tnya pada diri...wat happen 2 my brothers n sisters kat ngra islam yg lain?ini penting sbb bila kita selalu ingt mcm ni,sedikit sebanyak rase tanggungjawab itu lahir,tanggungjawab utk berkongsi kegembiraan yg kita ade,kesenagan yg kite ade dan sebagainya..sbb mereka juga saudara kita...

5)AMAL DISINI MENENTUKAN KEHIDUPAN DISANA..singgah sebentar didnia,bukan utk terpesona dgn keindahan dunia,cukup sekadar mencari bekalan utk akhirat sna..takut222 dan sgt takut sebenarnya..apelah sangat amal@saham akhirat yg boleh dibawa kesana nnti?bgimana rupa malaikat maut taktala mencabut nyawa kita nnti?apakah yg akan menemani kite di alam barzakh?mcm mn perjlnn kite ke mahsyar?dgn apakah akan kita meniti titian sirat nnti?

hmm..pastu,ari tu adalah terbaca komen dekat blog seseorg-dia ada tlis komen kat situ..bunyinye mcm ni..'a good wife for a male doctor is not a female doctor but, a good husband for a female doctor is a male doctor'

sy kurang bersetuju ckit..=)entahlah tapi sy jawab mcm ni...

bnde ni subjektif
coz being a good husbnd or wife doesnt depend on ur job
it dpnds on how u balance the two rght?
so if the male dr doesnt kno how 2 balance his family n work he will still b a bad husbnd
n if d femle dr knows how 2 balance d two she can b a good wife
d statemnt is too general
we cant make assumptions n try 2 generalize certain groups of pple
bcoz evry1 is diff
...
mcm2..

sekarang ni dah msuk intrnl med,best~alhamdulillah..dan juge dah masuk awal muharam,perlu hayati kisah penghijrahan Rasul tercinta..diri ini juge perlu berhijrah,utk kurangkn sifat2 mazmumah dan banyakkan sifat2 mahmudah~mudah mudahan tahun ini lebih baik dari tahun yg sebelumnya..insyaAllah..

09 December 2009

puisi~_~

Ya Hannan… Denai hijau, langit biru, gunung kelabu…

Bukanlah sekadar bingkai satu pemandangan
Yang menyuratkan sebuah keindahan…
Tapi potret hakiki menyerlahkan kebenaran
Cermin alam yang memantulkan keindahan Tuhan

Denai, langit dan gunung Adalah satu cubitan kasih pada satu kealpaan
Pada limpahan nikmat selaut indah
Pada limpahan nikmat selaut indah
Ke mana tumpahnya munajat seraut sembah ?
Sekian lama melihat alam penuh teratur
Mengapa hatimu masih lupa untuk bersyukur ?

Denai, langit dan gunung Adalah pantulan lambang biasan tamsilan
Gunung…bagai pasak teguh kemurnian iman
Langit…hamparan saujana kelapangan Islam
Denai…lembah subur kelembutan ihsan
Adalah citra di kanvas hati yang dihiasi
Rasa kehambaan

Ketika sunyi diri berwacanalah diri di dalam diri
Ya Hannan, teguhkanlah imanku Seteguh gunung itu… Ya Mannan, lapangkanlah Islamku Selapang langit biru… Dan Ya Rahim, lembutkan ihsanku Selembut rumput di denai itu… Nescaya bertamulah diri yang hakiki
Di kamar hati yang cinta Ilahi

Ya Allah, Tika gagahMU bercermin alam sepenuh
Terasa lemahku mencengkam diri seluruh
Dan kolam hatiku tak kan selamanya keruh
…Ameen

08 December 2009

Ya Rabb,hold me tight=)

Ya Rabb,hold me tight
jgn tinggalkan diri ini walau sesaat

subhanallah mahasuci Allah
aku berserah padaMu..
pasti ada yang terbaik di sebalik setiap kejadian dan ujian
ampuni diri ya rabb kerana kadang2 diri ini terlalu meminta
ampuni diri ya Rabb,kerana diri ini tak tahu
tak pasti dan sentiasa alpa

didiklah daku menjadi hambaMu yang taat,
didiklah daku menjadi anak yg solehah,cucu yg solehah
adik yang baik,seorang kakak yg menjadi contoh buat adik2,
dan seorang muslimah yang direhaiMu..

ku pasrah jalanku,
ini yg terbaik buatku
tabahkan hati ini ya Rabb..
selamatkanlah daku dalam permusafiran ini..
ampuni daku andai tidak kuat menghadapi ujianMu
ampuni daku atas kelemahan dan kekerdilan diri
ampuni diri sbb tak mampu menjadi hambaMu yang baik,
ampuni diri atas segala-galanya,

ku tahu tak layak utk diri ini ke syurgaMu,tp Ya Rabb
ku mohon,selamatkan permusafiran adik-beradikku,kedua ibu bapaku,nenek dan datukku ibu saudara dan bapa saudaraku dan sepupu-sepupuku...selamatkan permusafiran mereka didunia ini Ya Rabb,biarlah mereka dapat melihat senyumanMu di akhirat sana,bertemu dengan kekasih hati iaitu Rasulullah S.A.W di firdausMU..dan tinggal di firdausMu kelak..asal mereka semua selamat...its okay then..insyaAllah..


ameen ya rabb

dan utk exam kali ni,kudoakan semoga semua sahabat2ku dapat menjawab exam sebaik mungkin dan semoga usaha kita diterima dan diredhaiNya..ameen...

05 December 2009

Ana Uhibbukum FiLlah Abadan Abada


Duhai sahabatku,

Duhai adikku,

Duhai temanku,

Andai dikatakan embun itu suci,

Suci lagi ukhwah antara kita,

Andai dapat digapai pelangi nan indah,

Akan kusulam indah menjadi tali pengikat kasih sayang kita,

Moga tiada penghalang ukhwah antara kita..

Hatiku berlagu,

” Ana Uhibbukum FiLlah Abadan Abada “

tika hati berbicara

Tika hati berbicara, payah untuk difahami…sukar dimengertikan, bila hati mengingati Allah s.w.t pasti ketenangan dan damai dimiliki “

Ya Allah…

Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang

Peliharalah hatiku dan para tenteraMU dari fitnah duniawi ini

Ya Allah…

Yang Maha Mendengar

Kuatkanlah hati ku dengan IMAN

Teguhkanlah pendirian ku terhadap ISLAM

Curahkan CINTA di hati ku hanya untukMU

Rindu ku hanya kepada sebuah PERTEMUAN dengan zatMU

Aku tidak melakukan ini semua yakni berbaiah diri ku dengan perjuangan ISLAM kecuali dengan niat yang satu…AKU INGIN MELIHAT WAJAHMU !!!

Sejuta nikmat yang ku rasa dariMU..

Bahkan tiada terhitung nikmatMU pada ku…

Namun aku tidak dapat melihat KEINDAHAN zat Yang Amat Pemurah dan Amat Mengasihani diri ku yang maha lemah ini

Aku tidak dapat menarik nafas ku walau sesaat tanpa izinMU..

Ya Allah…

Fitrah yang Engkau campakkan kepada ku

Aku ingin mengenali diri yang telah banyak berjasa kepada ku

Diri yang sering menolong ku dan mengurniakan hadiah tanpa meminta balasan dari ku..

Maka siapalah yang paling layak untuk ku harapkan untuk bertemu kecuali zatMU

Yang Allah…

Kembalikan diri ku kepadaMU dengan belas kasihanMU sebagaimana Engkau hidupkan ku dengan kasih sayangMU

http://aeieci.blog.friendster.com/