30 January 2010

taubat,tasbih dan tahajud~~

alhamdulillah..satisfaction..benang2 yg berselirat sudah terurai..

emm..sekarang cuba utk habiskn buku yg dipnjm dr kak iman..tajuk dia taubat,tasbih,dan tahajud...best sgt..dlm tu byk sgt kupas isu akidah,tentang hakikat kewujudan iblis dan syaitan dan tentang kejadian langit dan bumi...byk menguraikan persoalan yana selama ni..siapa sangka,ape yg yana cuba cari selama ni byk terjawab dlm buku tu..alhamdulillah...

Ya Allah,berikanlah kami kefahaman agama yg mendalam,agar dgn itu kami makin mengenaliMu,mkin dekat dgnMu,sedarkan kami tentang hakikat dan tujuan hidup kami,dan pegang hati kami agar kami selamat,jauhi kami drp kelalaian,dosa2 kami ampunilah,dan terimalah taubat kami..dan semoga taubat itu adalah taubat nasuha,dan taubat yg sebenar2nya...amiinn...

dan antara pesanan yg msih yana ingt...dlm buku ni..
1)apabila kita memandang dunia ini dgn mata kepala,ia memang indah menawan...kita mengibukkan diri kita dengan seribu pesonanya..tetapi apabila kita memandang dunia dengan mata hati,sesunguhnya kita kecewa dengan segala kecacatannya...

2)dan hujah drp syaikh Abdul Qadir al Jailani:
bersegeralah kamu menuju kepada Allah dgn hatimu..bergantunglah pada rahmatnya sehingga dunia terkeluar dari hatimu dan hatimu menjadi bersih drp segala sesuatu selain Allah..semoga hatimu dipenuhi keimanan dan makrifat kepadaNya,dan semoga Allah memberiMu keyakinan serta melembutkan hatimu..seterusnya Allah menyibukkan anggota badanmu dgn ketaatan kpdnya..rendahkanlah hatimu dihadapannya...

3)ketahuilah kalinah tasbih adalah perisai api neraka...

“Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka), sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruan-Ku (dengan mematuhi perintah-Ku), dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku supaya mereka menjadi baik dan betul”. (Al-Baqarah: 186)..

Rasulullah S.A.W.pada wasiat terakhir baginda..berpesan..berpeganglah kamu pada Al-Qur an dan sunnah..dan nescaya kamu akan selamat...

dan hakikat kehidupan dunia menurut Qur an dan hadis..
1)kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan senda gurau sedangkan negeri akhirat itu sesungguhnya lebih baik bagi org2 yg bertaqwa..tidakkah kamu mengerti?'al an am ayat 32

2)kehidupan dunia hanyalah kesenangan yg memperdaya..(al imran,185)

3)then dlm surah al mukmin ayat 39,alankabut ayat 64,alhadid ayat 20,alkahfi ayat 45,albaqarah ayat 212

dan byk sgt lagi...Allah bk sedarkan kite tentang hakikat kehidupan dunia..seperti fatamorgana...cepat@lambat,setiap manusia yg berfikir pasti menyedari realiti dunia...

dan ingt kisah Nabi Sulaiman bin Daud..merupakan raja segala makhluk dimuka bumi..dan dtg srg pembesar yg menyatakan kagumnya kepada kekuasaan Nabi Sulaiman...dan Nabi Slaiman menjawab...
'ketahuilah,kekuasaanku ini tidak lebih besar drp ucapan tasbih seseorg dihadapan Allah...'subhanallah...begitulah nilai kekuasaan duniawi bagi hamba Allah yg soleh...

dan kini,yana kian mengerti...klu msih ingt..dlm peperangan uhud..perang uhud sebenarnye bukanlah kekalahan bagi umat islam...dan sejurus selepas perang uhud phak musuh merancang utk menyerang kali kedua..ketika ini,Allah memerintahkan tentera2 yg masih sakit2 dan masih belum pulih sepenuhnya utk turun ke medan perang...dan kerana keimanan kereka pada Allah,sakit perit tidak dihiraukan..mereka tetap turun ke medan perang..subhanallah...hebat keimanan mereka..dan apabila pihak musuh mengetahui yg even tentera yg sakit pun masih turun ke medan....puhak musuh menjadi takut(peperangan psikology@saraf),dan menjadi gerun dengan semangat yg dimiliki oleh tentera islam..dan akhirnya..mereka membatalkan rancangan utk menyerang kali kedua..

hebat keimanan mereka....kadang2 hairan,bagaimana mereka dpt keimanan seumpama itu?dan sehebat itu?...dan kembalilah kite melihat bagaimana kehidupan mereka sehari2...kekuatan dalaman yg terbina berkat tahajud,berkat tasbih dan kerana mereka faham tujuan hidup didunia..subhanallah...

2 comments:

shah said...

subhanallah...ameen Ya Rabb..

Anonymous said...

thanks ngah..alhamdulillah..senyum sokmo!

dan sesungguhnya kampung akhirat adalah sebaik2 tempat kembali..