
'angah,minggu depan ade pertandingan syair kat sekolah,apa pendapat angah kalau liz(bkn nm sebenar)nak masuk?xpeke??'
'hmm..angah x tahulah nk ckp mcm mn..pertandngan tu ade lelaki bukan mahram tengok ke nnti?klu ade better x yah kot..simpan suara tuk orang yg dibenarkan sahajalah..lagipun perempuan ni banyak yg kene jaga..sebabnye kita kan fitnah terbesar kaum lelaki..tolong mereka jaga hati dan iman sekaligus menolong diri kite juga agar terselamat drp azab neraka nnti...'
dan yana x sempat nk bagi fakta yg lebih jelas td..
Suara wanita boleh dibahagikan kepada dua jenis :-
1) Suara biasa wanita yang didengari secara jahar kepada lelaki awam ; Ia diperbezakan hukumnya di kalangan ulama. Ada yang mengharamkannya secara total, ada yang mengharuskan secara total. Ada pula yang mengharuskannya apabila dijangka tidak membawa fitnah kepada lelaki (Al-Jami' Li Ahkami Quran, 14/227 ; Ibn Qayyim, al-Hasyiah, 6/156 ; ‘Ianah at-Tolibin, Ad-Dimyati ; 3/260 ; Al-furu', Ibn Al-Mufleh, 1/372 )
2) Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma'. ( An-Nihayah, Ibn Athir, 42/2 ; Lisan al-Arab, Ibn Manzur , 73/8 ; Tafsir At-Tabari ; 3/22 ; Hasiyah At-Tohawi ; 1/16
Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melembutkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )
Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
'seindah2 hiasan dunia adalah wanita solehah~_~'
No comments:
Post a Comment