09 September 2009

motivasi~_~

'angah dapat berapa result?'
'alhamdulillah semua lulus..'
'tp kenapa angah nampak cam sedih je?'
'tak ade ape2..'

apa pun,yana tetap bersyukur..semua orang berusaha..cuma rezeki lain2..dan everything happen for the best.
kadang2 jeles ckit dengan result mereka yg best2
tapi xpe..because we just compete with ourself
compete dengan sikap kita terhadap pembelajaran dan sebagainya..

dan yana tahu kedewasaan didefinisikan sebagai keupayaan untuk menerima apa sahaja keadaan dan bertanggungjawab terhadap setiap perkara,tanpa menyalahkan orang lain atau keadaan tertentu..bukan masanya untuk menyalahkan diri.tapi katalah pada diri,saya bukan gagal,cuma belum berjaya sahaja~_~

lagipun hidup ibarat roda..tak selamanya kita akan berda diatas...kadang2 kita perlu berada dibawah supaya kita lebih expert untuk terus berada diatas nanti..insyaAllah.. kne yakin,xkan selamanya kita berada dibawah..suatu masa kita akan berada di atas semula...chaiyok2..

17 August 2009

tentang cinta~_~

Tentang cinta..taktala yana merenung langit yang biru dan sawah padi yang terbentang luas dari beranda atas rumahnya,yana mendengus kecil dan bertanya beberapa soalan…
‘bagaimana agaknya Rasulullah rasa dalam setiap saat hidup baginda?rasa cinta yang benar2 kepada Allah?tentu bahagia hati baginda..tentu baginda rasa x sabar2 untuk solat,untuk membaca dan bercerita tentang Allah..bestya memiliki perasaan seumpama itu.perasaan cnta yang benar2 kepada Ilahi..tentu setiap saat dalam hidup akan dipenuhi dengan kerinduan kepada Ilahi dan rasa tidak sabar-sabar ingin menemui Allah..’

Jeles sangat..kepada sahabat-sahabat terdahulu,tokoh2 islamiah yang unggul,sahabat-sahabat yang dijanjikan syurga oleh Allah SWT..Bagaimana mahu jadi seperti mereka?xmampu rasanya untuk menjadi seperti mereka…mencintai Allah dan dicintai Allah…sedangkan diri amat kerdil,penuh dosa,amat sedikit amal,iman yang senipis kulit bawang..

Ya Allah,bimbing diri kami,jangan tinggalkan kami,jangan murka akan kami,andai kami tersilap langkah tuntun kami semula Ya Rabbi..berilah kami kefahaman terhadap agama ini sebagaimana telah Engkau fahamkan golongan2 yang Engkau cintai..ampunilah kami atas kejahilan,kealpaan dan kekerdilan diri…
Sungguh dunia Engkau ciptakan sebagai medan untuk kami kumpulkan amal,medan untuk menguji kami semua..Ya Allah,memang kami lemah,kami tidak sekuat dan setabah mereka-mereka yang terdahulu,malah amal kami dengan mereka bagaikan langit dan bumi bezanya,tapi kami juga ingin menjadi insan yang Engkau cintai dan kami mencintaiMu jua..bimbing kami Ya Rabbi…

biarlah taktala tamat perjanjian kami didunia ini,kami meninggalkan jasa juga kepada agamaMu ini..sebagaimana perjuangan mereka-mereka terdahulu terhadap agama islam..kami sedar,memang islam akan menang akhirnya..tapi kami ingin,agar kami juga tergolong kedalam golongan yang turut sama memperjuangkan ia..dan golongan yang Engkau banggakan~mencapai redhaMu,mencapai cintaMu dan dan menjadi kebanggaanMu..~_~

28 July 2009

SMILE~_~



JUST SMILE AND NOTHING U CANT OVERCOME~_~GANBATE!!!!

ATAS PERMINTAAN KAK IMAN,NIZA,DINA ETC..SY TULIS NOMBOR CONTACT KAT MALAYSIA DISINI

ALAMAT KLU NK NNTI SY HTR TRO EMAIL@SMS..

NO TEPON:012 9783579(NI NO MAK SEDARA:NAMA DIA AUNTY SUE,NNTI MTK NGAN DIA NO TEPON SAYE...

23 July 2009

friendship~_~



"Friendship is an onion. It has many layers in it. Adds taste to your life, but if you try to cut it you will get nothing but tears!"


subhanallah


"Tuhanku! dengan engkau akan mendekatkan orang yang dekat, dengan keagunganMu semua ikan di laut bertasbih dan kerana kebesaranMu ombak-ambak di laut bertepukan.

Tuhanku! tiada aku dengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergisir, tiada derasan air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti atas kebesaran Mu "

20 July 2009

salam israk mikraj~_~



“Mahasuci Tuhan yang telah mengIsrakkan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya ...” (Surah Al-Israk:1)



“Katakan (kepada mereka), ‘Kamu lihatlah apa yang terdapat di langit dan di bumi’..”(Surah Yunus:101). Dari 2 butir pasir di bumi hingga apa sahaja termasuk planet saling menarik antara satu sama lain dengan nilai tetap yang sama di mana-mana alam ini, G=6.67428×10E(-11)m3kg-1s-2 dalam formula F=Gm1m2/r(2) !! Subhanallah !!



salam israk mikraj~_~

...................................


“We can only appreciate the miracle of a sunrise if we have waited in the darkness”