04 June 2009

the power of my subconscious mind~_~


(mereka berjuang di sana,ayuh,tingakatkan semangat juge)
Hari ni yana belajar tentang sesuatu
Tentang kehidupan…
Kadang2 kita perlu berkorban,berkorban
Sesuatu yg sngat kita perlukan,sgt kita sayang,
Korbankan ia kepada org yg lebih memerlukan
lakukan ia dgn penuh ikhlas,xboleh berkeluh kesah
Apatah lagi menangisinya,lakukan ia dgn penuh rasa gembira dan rela
jgn biar sedih dan bimbang menguasai diri,kalahkan ia dgn keyakinan yg utuh
belajar utk tdk menyusahkan mereka yg lain
dgn pemasaalahan hidup yg merupakan ilusi semata
Sehingga kita tiba pada satu konklusi kehidupan
Apalah sangat kehidupan dunia ini melainkan watak2 yg kita cipta dlm minda kita sahaja
Kita adalah apa yang kita fikirkan
Org lain juga adalah penakrifan yg kita tanam dlm minda kita juga
Bila berakhirnya kehidupan,minda padam,dan sgla bayang2 yg kita tanam dlm minda turut padam
Kehidupan dunia hanyalah mainan minda semata2,bukan kehidupan yg sebenar
Dan dlm konteks islamnya,hidup dunia ini hanyalah permusafiran yg sementara
Utk dikmpul amal bg kehidupan kita yang ‘sebenar’ iaitu akhirat..
-the power of my subconscious mind mode-


death is the best motivation. When we realize that we wont live long and we dont belong here, we would spend each and every moment we have to the fullest.
-hidup sehari-hari penuh dgn perkara yg baru utk diterokai,dan xlari dari kesilapan2 yg perlu kita baiki-

02 June 2009

jalan2 tepi pantai



….ari ni nak sangat jalan2 tepi pantai,jesteru yana mengajak sahabatnye keluar jogging pagi2 jumaat tu..

Yana ajak minda yana berfikir,sejak kecil lagi,yana dapat didikan agama dari nenda,bila masuk sekolah rendah dan menengah rendah memang sekolah biasa2 aje,tp still yana ada nenda yg mengawal gerak geri yana,yang menasihati yana taktala diri jauh dari Ilahi,ajak yana solat kat masjid,dengar ceramah lepas subuh dan asar,ikut nenda ajar budak2 ngaji,then,masuk mrsm akak2 senior byk membantu yana lebih kenali pencipta,lebih kenal ghayah hidup,then sekarang kat mesir,ramai sangat sahabat yg mengingatkan diri,menegur diri taktala kelalaian menerjah ke dalam diri..dan secara kesimpulannya Allah mudahkan jalan yana.alhamdulillah Ya Rabb,
Then yana terfikir tentang seorang rakan yana ni,lahir drp family yg busy,jarang luangkan masa dgn anak2,jarang mempunyai masa utk diberi pengisian rohani,bila masuk sekolah pula,disekolah2 yg hebat2,kawan-kawan pula xramai yg dapat beri nasihat dengan baik,

Dan dia perlu mencarinya sebagai self starter,tp yana x,sebab yana ade org yg bantu then baru yana berfikir tentang itu dan ini.ujian mereka lagi hebat sebenarnya~alangkah beruntungnya andai mereka berjaya dalam ujian itu~ameen Ya Rabb,bantulah sahabatku itu,peliharalah hatinya~mudahkan jalan dia dalam mencapai redhaMu..ameen..

Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w :
“ Perumpamaan seorang muslim dengan muslim yang lain adalah seperti sebuah binaan, ia saling menguatkan.”
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang diriwayatkan oleh Muslim : “Perumpamaan orang-orang mukmin pada kasih sayang, rahmat dan perasaan mereka adalah seperti sebuah jasad, apabila sebuah anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut berasa sakit.”

27 May 2009

hati~kene jaga hati baik2~


dalam kesibukan exam,yana perlukan pengisian juge~

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah saw bersabda:

“Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Bila ia baik maka baiklah seluruh badannya, dan bila buruk, maka buruklah semuanya. Ia adalah hati.”

Jelas sekali qalbu atau hati menjadi raja dalam mengawal setiap pergerakan dan perlakuan manusia. Bahkan qalbu jugalah yang menjadi paksi sebenar untuk mencungkil dan menggilap potensi yang ada di dalam diri setiap individu. Qalbu adalah anggota badan manusia yang paling mulia kerana qalbu mampu menjadi sumber inspirasi akal, ilmu, kesabaran, keberanian, kemuliaan, cinta, kehendak dan seluruh sifat-sifat terpuji. Tetapi qalbu juga akan menjadi tempat bersarangnya hasad, cemburu buta, kesedihan, marah, dendam kesumat yang akan menjatuhkan maruah dan jati diri insan.
Abu Hurairah r.a berkata:

“Hati adalah raja dan anggota badan sebagai bala tenteranya. Bila rajanya baik, baik pula pasukannya dan bila jahat, maka jahat pula pasukannya.”

21 May 2009

salam imtihan~_~



perjalanan pulang kerumah dengan menaiki tram tengahari2 gini~yana berbual2 dgn 2 org ukhti ni
'hmm..sekarang jom sama2 mujahadah,tuk exam nnti terutamanya..kene buat baik2 dah sebab mid term ari tu dah teruk sangat'

'a ah..takutlah exam..'

tp segera yana teringat kata2 ni

Hadapilah ‘exam’. Jadikanlah ia sebagai satu kayu ukur. ‘Exam’ akademik, jadikanlah ia sebagai tanda aras kefahaman kita terhadap sesuatu subjek. ‘Exam’ kenaikan pangkat, jadikanlah ia sebagai indikasi dedikasi kita terhadap sesuatu tugas. Namun, yang paling penting sekali, ‘exam’ takwa. ‘Exam’ terbesar yang graduasinya adalah graduasi segala graduasi. Sijilnya adalah sijil di atas segala sijil. Exam yang mengundang pahit kepada manis fantasi hidup di dunia yang penuh dengan ilusi. ‘Exam’ yang hanya ada dua kemungkinan;

“Lulusan syurga ataupun buangan neraka”

yg ni sebenarnya lagi menakutkan~_~ xpe..jadikan exam nnti sebagai satu jalan dalam kita mencari redha Ilahi..

salam mujahadah buat semua


(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa ‘ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii ‘aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: “Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”

20 May 2009

apa yg yana dpt ari ni~hayatan thayyibah~_~(siqah dan khusyuk solat)


Suatu kisah tentang siqah~
Hari ni yana rasa kosong sangat2,then yana gi jumpa ukhti lecture A ,mintak pengisian ckit2
Then,ukhti ni ade ceritakan tentang siqah@keyakinan yg utuh pada Allah
Mula2 yana ditnya
‘tahu x knp zaman Nabi Ibrahim dulu,Allah x selamatkan Nabi Ibrahim from the beginning,maksud,knp Allah biarkan Nabi Ibrahim berada didalam api dahulu sebelum Allah sejukkan api itu?knp semasa Nabi Ibrahim ingin menyembelih anknya Nabi Ismail,Allah tidak menukarkan Nabi Ismail dgn binatang sembelihan awal2 lagi?knp ye?dan jawapannya x lain dan x bukan kerana Allah nk uji hmba2Nya dengan keyakinan kepadaNya..samaada kita yakin@tidak dengan perlindungan dan pertolongan Alah pda kita..
{Sekali-kali tidak akan tersusul. Sesungguhnya, Rabb-ku besertaku, kelak Dia
akan memberi petunjuk kepadaku.}
(QS. Asy-Syu'ara:: 62
Dan satu kisah lagi yg berlaku pd zaman ini pula,yg mana ade sorang ukhti ni,sewaktu ingin pergi ke rumah sahabat yg lain,dia ade bawak pendrive,yg kat dalam tu penuh dengan assignment dan dia tidak pula save assignment2 itu kedlm laptop..dan hendak dijadikan cerita,semasa menaiki lif pendrive itu tercicir jatuh tepi lif dan jatuh sampai bawah2..memang cam xde harapan tuk diselamatkan lagi dan memang xde harapan tuk jumpa semula dah.tapi ukhti ni tetap bertenang aje,dan dia kata maybe ade hikmahnya,,maybe malam nnti dia boleh try siapkan assignment itu semula…tanpa berkeluh kesah.
Then,time nk turun semula kebawah,Alhamdulillah,time tu ukhti ni terjumpa balik pendrive dia sebabnye kebetulan,time tu ade orang baiki lif..dan ukhti ni minta acik tu ambikkan pendrive tu~
Jadi kadang2 Allah uji kita sekejap Cuma,untuk tengok sejauh mana rase percaya kita pada Allah..
Subhanallah~ketika inilah hati orang2 beriman digoncang dan diuji~Ya Allah mudah-mudahan kami sentiasa berada dibawah redhaMu..ameen
{Dan, bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya.
Maka, berlomba-hmbalah kamu (dalam berbuat) kebaikan.}
(QS. Al-Baqarah: 148)
……………………………………………………………………………………………………

Ni tentang khusuk solat pula
‘akak,susahlah nk kyusuk dalam solat,akak bagilah nasihat,mcm mn ye?’
‘adik,meh akak tanye soklan ckit,klu dlm lecture,adik focus x?berapa percent agak2nya daya focus adik tu?dalam satu jam lecture la misalnya,adik boleh focus berapa minit agak2nya?’tanya yana..cam bertubi2 pula~maalish adik akak…
‘hmm maybe dalam 30 minit aje kot,then lepas tu ngantuk dan hilang focus..’
‘knp adik rase adik kene focus dalam lecture tu?’tanya yana lagi
‘ehh..mestilah,nnti nk exam xtahu nk jawab apa plak.’
‘oooo…gitu..then adik yakin x nnti kita akan berkumpul kat padang mahsyar suatu masa nnti?dimana itulah medan exam kita yg sebenar..macam ni sebenarnya,memang susah untuk khusyuk dlm solat sebenarnya...susah dik,tapi kita kene cuba dan kene try.sebab kita nk jadi orang yg Berjaya.berjaya yg sebenarnya.kn ade ayat hafazan time form 4 tu surah al-mukminun:antara cirri org yg Berjaya ialah mereka yg khusuk dalam solatnya.dan sebagaimana kita boleh khusyuk@focus dalam lecture kerana kita nk pastikan kita blh jwab time exam nnti,mcm ni jugalah kita kene focus dlm solat kita kerana kita nk Berjaya dlm exam yg lebih besr dr exam dunia ini..’ujar yana dgn panjang lebar
‘then satu lagi dik,sebenarnya solat tu berapa minit aje kan dik,kadang2 x sampai 10 minit pun,walhal time jawab exam@time lecture kite boleh focus lebih dari tu..jadi kita kene adil pada diri kita..say to yourself ‘sebagaimana saya boleh focus time lecture,mcm tu jugalah saye boleh focus time solat..insyaAllah’
‘oooo;;;gitu..trima kasih akak..’
Mcm nilah perbualan ngan adik td..mudah-mudahan Allah memudahkan jalan kepada kita semua,memudahkan jalan dlm memahami dan beramal dgn agama ini dgn sebenar2nya.ameen
{Barangsiapa mengerjakan amal salih, baik laki-laki maupun perempuan dalam
keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan
yang baik, dan sesungguhnya akan Kami beri balasan kepada mereka dengan
pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.} (QS. An-Nahl: 97)

muhasabah diri~_~


Muhasabah diri (15 minit bersama blog)
Hari ni yana ade berkongsi sesuatu ilmu dgn seorang ukhti.dan yana saja2 nk menulisnya disini
Knp kadang2 kita kene muhasabah diri?
Banyak sebabnya dan salah satu ialah kerana sebagai satu bentuk latihan kepada kita.suatu masa kita akan meninggalkan dunia ini dan suatu masa juga amalan2 kita akan dihitung dan dihisab dihadapan Allah..dan bila kita melakukan muhasabah diri,masa inilah kita akan lebih sedar apalah sangat ibadah yang kulakukan untuk dibawa bertemu Rabb nnti..ni belum lagi ditapis dan ditolak oleh sebab masalah2 hati lagi…dan antara item2 yg mungkin blh dimasukkan kedlm borang muhasabah ialah:ni tuk setiap hari.item2 ni kita boleh tulis dlm buku petak ke,senang ckit dan tanda sebelum tido,sama ada ita ae buat ataupun tidak~sekejap je nk semak ni,5 minit pun x sampai.senang2 letak je borang2buku muhasabah ni bawah bantal~_~
1.istighfar:100 kali,sebagai cadangan,maybe kita blh istingfar 20 kali setiap habis solat fardu~spya nmpak lebih senang dan mudah
2.selawat:10 kali..
3.solat rawatib.klu cam susah,boleh dahulukan dulu yg lebih afdal,cam solat b4 subuh@b4 asar
4.solat berjemaah:at least 3 kali sehari ke
5.mathurat
6.solat dhuha.
7.solat witir
8.infak(klu dapat infakkan 25 sen@ rubu’ sehari) pun Alhamdulillah da
9.puasa sunat(start dgn sehari sebulan-then 2 hari sebulan dan sebagainya)start slow2
10.baca qur’an@surat cinta dr Allah..start slow2,maybe 2 muka sehari dulu ke…
Sebenarnya muhasabah ni kene wat slow2..bila rase cam dah mashi,dah ok then boleh plak kita buat,apakah sikap2 negetif yg ada pada diri dan cuba buang sifat2 itu slow2 juga..sebab nk berubah,take time.klu rase mampu brubah secara drastic,dan ada keyakinan yang mampu untuk konsisten,boleh aje terus buat scra drastic juge~_~

dan sebaik2nya kita niatkan dalam ape jua bentuk pekerjaan yg kita lakukan,kita niatkan kerana Allah(tapi kene faham betul2 konsep ini sebab bg sesiapa yg kurang faham xkn megerti)haha~hmm,maksudnya kat cni,ingat blik tujuan hidup kita iaitu untuk mencari redha Ilahi

16 May 2009

birthday ~_~

Bismillah….
Ari ni birthday aliff sepupuku yg sgt comeyl~_~..windunya..nk balik!!!


Ade problem tp duhai hati,kene tetap bertenang~_~
Teringat dgn pesanan yg pernah nenek beri
‘az,Allah uji hamba itu ikut kemampuan..biar ape pun yg terjadi az kene bijak kawal emosi.Tetap tenang walau ape keadaan yg menimpa..tanda kita redha ialah kita tidak berkeluh kesah atas apa yg Allah tetapkan pada kita.Allah sayangkan kita semua az,ikat hati az kuat2 dgn kasih sayang ini...az kene yakin yg setiap yg terjadi ade hikmah dia dan Allah tidak sesekali akan menzalimi hambaNya..yakin 100%...’
‘az kene tetap tersenyum.memang payah..tp x ada benda yg senang dalm hidup ini..segalanya memerlukan kesungguhan dan mujahadah yang tinggi..tp setiap perkara akan menjadi senang dan gembira andai kita mampu menghadirkan hati kita dalam setiap perkara..buat dgn ikhlas
Mn cucu nenek yg kuat semangat sokmo ni?knp tiba2 blh jadi lemah mcm ni?az,az kene kuat..kuat semangat..jangan biarkan emosi menguasai akal..az boleh…yakin!’
Time kasih nek..tenang sikit tp yana akui dgn mengingati Allah,hati kan tenang..Ya Allah,pemilik jiwa ini,peganglah hati hambaMu ini,agar sentiasa berada dibawah redhaMu…amiin..