26 April 2011

jalan hidup


jgn ditanyakan kpdku jln hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah..ia adalah ujian
ia adalah penuh dengan cita2
aku telah menjualnya kpd Allah..

(petikan dari lirik nasyid kat atas)

25 April 2011

dunia dan air laut

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Lagu Ciptaan : Nazrey Johani
Lirik Nukilan: Pahrol Md. Juoi
Nyanyian Asal: The Zikr

فَٱذۡكُرُونِىٓ أَذۡكُرۡكُمۡ وَٱشۡڪُرُواْ لِى وَلَا تَكۡفُرُونِ
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 152)

15 April 2011

^^.


copy gambar dari blog kak tkah^^,..muchas gracias.

lawan..

http://dakwah.info/bekal-dakwah/sharing/melawan-perasaan-sendiri/

......dalam pertarungan di persimpangan antara menuju jalan ke syurga atau tarikan syaitan yang mengajak melencong

ke jalan yang boleh menjatuhkan diri ke neraka, na’uzubillahiminzalik.

Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a katanya :

Rasulullah saw bersabda :”Syaitan menetap di hati anak Adam. Apabila manusia mengingati Alah swt dia akan hilang.

Apabila manusia lupa dia akan membisik.”


tenggelam dlm pembaziran masa

‘time management’ abid Allah swt ;

  1. Solat taubat sebelum tidur dan waktu2 yang lain jika mampu dan pastikan berwudhu’ sebelum tidur. Doa agar hari esok bangkit sebagai seorang abid Allah swt dan khalifahnya(wakil Allah swt) yang tunduk dan patuh dalam melaksanakan amanah Allah swt di mukabuminya dan tidak menjadi insan yang rugi di sisi Allah swt kerana tidak memanafaatkan waktu yang diberikan Allah swt untuk berbakti kepadaNya sebagiamana firmanNya dalam surah al-Asr ayat 1-3 :

“Demi masa, sesungguhnya manusia benar2 berada di dalam kerugian. Kecuali orang2 yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kesabaran.”

http://dakwah.info/akhlak/tenggelam-dalam-pembaziran-masa/

13 April 2011

^^,

tika diri penat memikirkan dunia,maka berwuduklah..
tika tangan letih menggapai cita-cita,maka berdoalah
tika bahu tidak kuasa memikul amanah maka bersujudlah
ikhlaskan semuanya kerana Allah

dan dekatilah Allah..

agar tunduk hati di saat yg lain angkuh
agar teguh disaat yang lain runtuh
agar tegar di saat yang lain terlempar..

mode:^^,