04 April 2011

easy no,,possible yes,,


dealing with the past
and living the present
and fighting for the future
its not going to be easy..

easy no...possible yes!!
hail all the time optimist!!

03 April 2011

the hardest battle

exam..exam..dan exam..




Utsman bin Affan ra berkata :
"Seandainya hati kamu bersih dan suci, maka tentulah hati itu tidak akan pernah merasa bosan oleh Kalam Tuhan."

hehe...kesimpulannya jgn bosan dgn belajar.^^,..

21 March 2011

membina batu bata...

Alhamdulillah for all that Allah has given me.
Sometimes in my sujud, I try to make thanks for Allah by trying to name
the blessings He has bestowed upon me..
the more blessings I name, the more I realise that there's more to it..
it is so humbling and for most of the times, those attempt
will just make me tear..
ya Allah, indeed You are Most Gracious:')


ijazah itu alat,risalah itu matlamat.menerima tarbiah utk mentarbiah.membina batu bata,agar ia tetap teguh,kukuh..Allah,beri sy kekuatan..riyadhus salihin yg perlu dikhatam..dan shahadatul haq yg perlu di revise..Allah,pinjamkan sy kekuatan.




moga tdk menjadi manusia robot..ingat tujuan wahai hamba Allah..



sedikit sebanyak motivasi..^_^


SH preparation
Keteguhan Jati Diri Wanita Teras Kecemerlangan Ummah..^^,

13 March 2011

di sini.

bismillah..

alhamdulillah 11 mac lalu selamat tiba di alex.keadaan tdk byak berubah,cuma cuaca disini masih sejuk.

perkara pertama terlintas dibenak tika melangkah masuk ke pintu rumah di kubri gam ah..ikan-ikan kesayangan.alhamdulillah masih ada yg masih hidup,walau ada yg tlh pergi meninggalkan sy.^_^

perlu study.walau hati masih dimalaysia.

kat malaysia hari tu sempat buka album lama.terjumpa gambar-gambar lama yg membuka semula kisah silam.zaman yg penuh cita-cita.mencari semangat yg ilang.terpandang moto hidup dimuka album

'USAH TERLALU LAMA DAN TERLEKA DI ZON SELESA!'


teringat kata-kata tuk guru semasa taklimat dibalai islam 28 feb lalu,

'perkara yg menghapuskan keinginan dan kesenangan terhadap nikmat dnia adalah mati..ingatlah mati nescaya kita adalah org yg paling bijak..'

dan bersedialah menghadapi hari itu kerana ianya pasti terjadi walau dimana,bila dan bagaimana keadaan kita tika itu masih menjadi rahsia ilahi..bersedialah dgn bekal yg cukup..

hidup yg cuma seketika dibumi ujian
susah dan senang jgan pernah melupakan Allah kerana
hidup ini kembarnya ujian
diuji setiap saat dan ketika
dan sentiasa dalam pemerhatian Allah..

link tuk satu artikel yg best
http://iluvislam.com/english/motivation/purification-of-soul/416-at-the-face-of-death.html

Wahai diri, biarlah dirimu jatuh bangun, merangkak tegak, dalam taubat demi taubat yang tidak 'menjadi' berbanding larian dosa yang maju dan laju tanpa henti-henti.

Wahai diri, ingatlah... sekalipun kau terhijab daripada mengecapi nikmat ketaatan, tapi jangan sampai kau tertipu oleh nikmat kejahatan.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

17 February 2011

di malaysia..

numb tepon az kat mlysia 014 2999256. ^_^.

kita merancang dan Allah jua merancang.namun perancangan Allah adalah yg terbaik.alhamdulillah ala kulli hal.

nak tlis banyak cuma kelapangan waktu perlu dicari.alhamdulillah stdy leave kali ni banyak perkara yg belajar.

stdy leave yg agak mencabar-rutin harian sebagai srg gadis..^_^ngee...+ kerenah kanak-kanak kecil yg pelbagai + suasana yg terlalu tenang..maklumla meja stdy mengadap tingkap.dari tingkap bilik terus nampak sawah padi yg terbentang luas..dengar kicauan burung dan arus air yg mengalir tenang..subhanallah maha suci Allah..+ etc..

namun kesihatan agak kurang baik.unknown etiology.petua menghadapinya,harus kuat semangat..entahla antara percaya dan tdk..srg yg sy percayai dan alim dlm ilmu-ilmu sebegitu menyatakan..

'ade 'benda' dari jiran-jiran yg berdekatan.'benda' tu tdk dipedulikan tuannya.jadi 'benda tu kacau..' entahla..ape-ape pun cukuplah Allah sebagai sebaik-baik pelindung.

then bout pengisian rohani kat kelantan.emm,so far sebab petang2 ngajar ngaji kanak-kanak riang kat kampung,then adela kne ke kb etc..ukhti2 ade contact.kne jumpa adik2 bagi pengisian etc..alhamdulillah..komitmen perlu diberikan.

emm,majlis kawan2 pula..ade yg tunang ade yg kawen,klu ade kelapangan sy pergi,insyaAllah.cuma x berani nak janji.klu majlis-majlis kat kelantan insyaAllah sy cuba pergi.

banyaklagi x baca buku!!..semoga thabat dlm perjuangan sbgi hamba Allah dibumi 'ujian' ini..amiin..

02 February 2011

“God always move in a mysterious way…




Jika kita benar dan berjaya… syukur. Jika kita tersalah, kita akur… kita ukir taubat dengan segera. Dosa kita menggunung tinggi, namun rahmat Allah melaut luasnya. Dengan berbekal takut (akan murkaNya) dan harap (ampunan-Nya), kita terus melangkah… patah sayap terbang jua. Jatuh tersungkur, bangkit semula walau terpaksa bertongkat dagu!


Ketidak pastikan kekadang mengajar kita tentang kejituan


“God always move in a mysterious way…”



orang tua-tua berpesan, jangan sekali-kali mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan. Hati-hati, semakin tinggi pokok yang dipanjat, semakin kuat angin yang menggoyang.
Apakah kekuatan yang boleh membakar daya juang untuk terus bersemangat pada ketika yang begitu genting dalam perjalanan hidup seseorang?

Jawabnya, jangan panjang angan-anganManfaatkan masa yang ada dan terus berkerja dalam waktu-waktu kritikal itu dengan segera. Kita tidak harus disusah-susahkan oleh angan-angan tentang masa depan yang jika dibayangkan pada masa sekarang akan membuat kita muram.


Oleh itu kita mesti merancang dan bekerja dengan apa yang sedang ada di tangan, tanpa takut dan bimbang akan hal-hal yang tidak menentu atau terbayang dalam angan-angan. Yang di tangan itulah realiti, yang ada dalam angan-angan itu cuma ilusi. Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samar - masa lalu yang memori dan masa depan yang ilusi. Hidup sebenar ialah hari ini yang realiti.
Pengalaman hidup banyak mengajar kita bahawa adalah tidak wajar buat kita meneka-neka atau menjangka sesuatu yang tidak pasti pada masa depan. Samada yang kita jangkakan itu baik atau buruk. Jika kita mengangan-angankan yang baik, kita akan jadi ‘over confident’. Jika kita hanya mengangan-angankan yang buruk, kita akan jadi pesimis. Kedua-duanya memusnahkan.


Ya, untuk mendapat ketenangan pada saat-saat kritikal dalam hidup ialah: Pendekkan angan-angan. Hiduplah dalam lingkungan hari ini. Saya ulang lagi, hiduplah dalam lingkungan hari ini. Ertinya, jangan dikhuatiri hari esok, jangan bimbangkan hari semalam…. Susun jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang.


Hidup umpama membaca lembaran-lembaran dari sebuah buku yang sangat tebal
. Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang mood untuk membacanya. Atau terlalu gelojoh hingga membacanya secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib muka surat. Bacalah dari muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Buku yang tebal akan habis juga dibaca akhirnya. Bukan sahaja habis dibaca, bahkan ilmu yang dihidangkan akan dapat dihadamkan dengan mudah.
Inilah rahsia ketenangan jiwa para sahabat Rasulullah S.A.W. Mereka adalah individu yang pendek angan-angan dan menggunakan sepenuhnya kesempatan yang sedia ada di tangan. Mereka hidup tanpa rasa gundah dengan apa yang telah terjadi kelmarin dan tidak pula bimbang dengan apa yang bakal terjadi esok.


Mereka tidak terdera dengan percubaan melihat masa depan dengan teropong angan-angan yang serba samar. Para sahabat nabi bukanlah pakar psikologi tetapi sikap mereka tepat seperti mana yang dikatakan oleh para psilogist moden:


“Tugas kita bukan melihat apa yang terletak jauh dan masih samar di hadapan, tetapi melakukan apa yang jelas di tangan.”

hidup adalah perubahan yang tidak henti-henti. Jangan cuba mengawalnya. Jangan cuba mengambil ‘tempat’ Tuhan untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya hanyalah DIA yang tidak berubah-rubah. Inilah hikmah mengapa Qada’ dan Qadar Allah dirahsiakan daripada pengetahuan manusia. Agar dengan itu manusia boleh hidup dengan aman tanpa diganggu walau sedikitpun oleh pengetahuan tentang masa hadapan.


Tidak ada gunanya berangan-angan. Angan-angan tentang kebaikan akan menyebabkan seseorang itu alpa. Angan-angan tentang keburukan akan menyebabkan seseorang itu kecewa. Manusia angan-angan tidak akan dapat merancang, bekerja dan berusaha dengan baik.

sumber:http://genta-rasa.com/2011/01/31/cukup-sekadar-untuk-melihat-mentari/




24 January 2011

didikan ini demi cintaNya jua..


http://genta-rasa.com/2011/01/24/didikan-ini-demi-cinta/

petikan kata-kata semangat dari blog genta rasa^^,

Alam adalah sebuah ‘universiti’ yang luas dan besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan manusia terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Bezanya ialah ada diantara para kita yang cepat belajar dengan hidup sebaliknya ada di antara mereka yang tidak pernah atau lambat belajar. Yang belajar, akan ‘naik kelas’ dan layak untuk mengambil mata pelajaran baru yang lebih tingkat dan martabatnya. Yang tidak belajar, terpaksa mengambil mata pelajaran yang sama berkali-kali.

Jadi langkah pertama supaya kita ‘lulus’ dalam pelajaran hidup ialah kita perlu akur bahawa setiap yang berlaku di dalam kehidupan ada unsur pengajaran dan didikan buat kita. Setiap peristiwa, pahit atau manis, setiap individu, baik atau buruk – hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Dan setiap guru itu mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala kelihatan pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Allah.

Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik

Manusia umpama nakhoda yang belayar di lautan. Sebagai nakhoda kita punya arah dan destinasi tersendiri. Tetapi tiupan angin, pukulan gelombang dan cuaca tidak selalunya menyebelahi kita. Kekadang arah pelayaran kita ke utara tetapi angin bertiup ke selatan. Kita akan tersasar dari destinasi jika menurut sahaja tiupan angin.

Sebaliknya kita akan patah, jika terus berkeras menentang tiupannya.

“we can’t direct the wind but we can adjust our sail.”

orang yang berhijrah terpaksa meninggalkan zon keselesaan (comfort zone) untuk menuju zon cabaran (courage zone).

Belajarlah di universiti kehidupan semasa masih ada masa lagi, supaya kita tidak diburu penyesalan apabila tempoh pengajian tamat (mati).

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja’ (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada ‘musabbabil asbab’ (Penyebab segala sebab) – wajah MU ya Allah.

Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.