17 June 2009

the law of life is the law of belief


perbanyakkan bersyukur kepada Allah
kadang2 kita banyak memandang pada apa yang tiada pada kita
kita nak itu,nak ini
kadang2 kita lupa utk menghitung nikmat Allah yg ada pd kita
kadang2 juga kita sedih dan berkeluh kesah dgn masalah atau ujian yg menimpa

tapi everyhing happen for the best kn?
tiap2 sesuatu Allah jadikan sebagai ujian
utk menguji sejauh mana rasa percaya kita pd Allah
sejauh mana rasa cinta dan sayang kita pada Allah,

jadi,wahai jiwa yang tenang,tetap tenteramlah,
gembira serta bersyukur dgn apa yg Allah beri,
sungguh Allah sayangkan kita semua,
segala sesuatu yg terjadi pasti ade hikmhnya,
hanya untuk kebaikan diri kita cuma,
kerana itu,utuhkan keyakinan pada Ilahi,
kerana,
Allah mahu kita temui jalan pulang ketempat asal kita
iaitu ke syurgaNya,
menemui jalan pulang bertemu dgnNya

{Dan, cukuplah Rabb-mu menjadi Pemberi Petunjuk dan Penolong.}
(QS. Al-Furqan: 31)

.............................................................................

yana baca satu buku-the sealed nectar,ade ceritakan tentang Rasulullah
dan pengajaran yg yana dpt:

cinta x mengajar kita lemah
sbliknya ia menguatkan diri,
sebab kerana rasa cinta rasulullah pada Allah
pada agama islam dan pada umat islam selurhnya,
rasullah lalui segala pedih dan perit
dgn penuh kekuatan,
subhanallah~_~

RINDU~_~


pkul 1pagi..yana sungguh ngantuk tika ini..utk mgelakkn drp tidur,yana curi mase 10 minit tuk update blog~_~

kita ada seorang Nabi... Allah yang beri.
Allah telah mengurniakan kita seorang Nabi untuk ditaati.
Dan Nabi itu telah bersusah-payah, mengorbankan seluruh hidupnya untuk kita
Nabi itu telah menderita, terseksa, menahan cacian dan makian, menahan lapar dan dahaga, terluka dan cedera parah, serta menyabung nyawa untuk kita
Suka duka dirinya, tidak lena tidurnya, keluh-kesahnya, kebimbangannya dan airmatanya semata-mata adalah kerana merisaukan jika kita tidak jumpa jalan pulang ke syurga.
Dan Nabi itu tidak meminta balasan apa-apa pun.
Bahkan semuanya dilakukan dengan rasa rindu kasih dan rela. Sampai ke detik-detik akhir hayatnya, dia masih menyebut-nyebut tentang kita umatnya"

duhai Rasulullah,sesungguhnya kami merinduiMu~_~

“Sungguh Telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu
sendiri, berat terasa olehnya penderitaanmu, sangat
menginginkan (keimanan dan keselamatan) bagimu, amat belas
kasihan lagi Penyayang terhadap orang-orang mukmin.”(QS. at-
Taubah: 128)

“Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, nabi yang
ummi yang beriman kepada Allah dan kepada kalimat-kalimat-
Nya (kitab-kitab-Nya) dan ikutilah Dia, supaya kamu mendapat
petunjuk".”(QS. al-A'raaf: 158)

09 June 2009

belajar memaafkan


1)BILA SEDIH YG KITA DAPAT DISEBABKAN OLEH MANUSIA
PERKARA YG BERHARGA TIKA INI
‘BELAJAR MEMAAFKAN’
KRN MANUSIA X PERNAH LARI DRP MELKUKAN KESILAPAN..

2)KETENANGAN DICAPAI BILA MANA KITA MENERIMA SEGALA
KETENTUAN ILAHI DENGAN HATI YG REDHA,RELA,TANPA BERKELUH KESAH
GEMBIRA,DAN BERSYUKUR

05 June 2009

yana yg bermotivasi~_~



my feet are relaxed,my ankles r relaxed,my legs r relaxed,my abdominal muscles r relaxed,my head is relaxed,my whole being is completely relaxed...n yana nk menulis...

'american philosopher:Ralph Waldo Enerson-man is what he thinks all day long''

need to keep conscious mind busy with expectation of the best,and make sure the thoughts u habitually think are based on things that are lovely,true,just and harmonious!!

n tengah2 cuci muka td,yana tengok je air tu,n buat satu kesimpulan:
's water takes da shape of da pipe it flows through,the life principles in us flows through us according to the nature of our thought'

peringatan tk diri,all frustration is due to unfulfilled desires,if u dwell on obstacles,delays n difficulties,your subconscious mind responds accordingly n ur blocking ur own good...

and we injure ourselves by -ve ideas we entertain.feed ur subconscious mind life giving thought n u ll wipe out all -ve patterns lodged within it.s u continued to do this,all the past ll be wiped out and remember no more~_~

then,td yana de terbaca tafsir dari surah al baqarah,ayat 74

'kemudian setelah itu,hatimu menjadi keras,sehingga (hatimu)seperti batu,bahkan lebih keras...padahal drp batu2 itu pasti ada sungai2 yg (airnya)memencar drpnya..dan ade pula yg meluncur jatuh krn takut kpd Allah...'

yana simpulkan kat sini,masih ade ruang for self mprovement,berhijrah kearah yg lebih baik,selagi belum berakhir perjanjian kita dgn Ilahi ats muka bumi yg sementara ini~_~...chaiyok semua..

04 June 2009

the power of my subconscious mind~_~


(mereka berjuang di sana,ayuh,tingakatkan semangat juge)
Hari ni yana belajar tentang sesuatu
Tentang kehidupan…
Kadang2 kita perlu berkorban,berkorban
Sesuatu yg sngat kita perlukan,sgt kita sayang,
Korbankan ia kepada org yg lebih memerlukan
lakukan ia dgn penuh ikhlas,xboleh berkeluh kesah
Apatah lagi menangisinya,lakukan ia dgn penuh rasa gembira dan rela
jgn biar sedih dan bimbang menguasai diri,kalahkan ia dgn keyakinan yg utuh
belajar utk tdk menyusahkan mereka yg lain
dgn pemasaalahan hidup yg merupakan ilusi semata
Sehingga kita tiba pada satu konklusi kehidupan
Apalah sangat kehidupan dunia ini melainkan watak2 yg kita cipta dlm minda kita sahaja
Kita adalah apa yang kita fikirkan
Org lain juga adalah penakrifan yg kita tanam dlm minda kita juga
Bila berakhirnya kehidupan,minda padam,dan sgla bayang2 yg kita tanam dlm minda turut padam
Kehidupan dunia hanyalah mainan minda semata2,bukan kehidupan yg sebenar
Dan dlm konteks islamnya,hidup dunia ini hanyalah permusafiran yg sementara
Utk dikmpul amal bg kehidupan kita yang ‘sebenar’ iaitu akhirat..
-the power of my subconscious mind mode-


death is the best motivation. When we realize that we wont live long and we dont belong here, we would spend each and every moment we have to the fullest.
-hidup sehari-hari penuh dgn perkara yg baru utk diterokai,dan xlari dari kesilapan2 yg perlu kita baiki-

02 June 2009

jalan2 tepi pantai



….ari ni nak sangat jalan2 tepi pantai,jesteru yana mengajak sahabatnye keluar jogging pagi2 jumaat tu..

Yana ajak minda yana berfikir,sejak kecil lagi,yana dapat didikan agama dari nenda,bila masuk sekolah rendah dan menengah rendah memang sekolah biasa2 aje,tp still yana ada nenda yg mengawal gerak geri yana,yang menasihati yana taktala diri jauh dari Ilahi,ajak yana solat kat masjid,dengar ceramah lepas subuh dan asar,ikut nenda ajar budak2 ngaji,then,masuk mrsm akak2 senior byk membantu yana lebih kenali pencipta,lebih kenal ghayah hidup,then sekarang kat mesir,ramai sangat sahabat yg mengingatkan diri,menegur diri taktala kelalaian menerjah ke dalam diri..dan secara kesimpulannya Allah mudahkan jalan yana.alhamdulillah Ya Rabb,
Then yana terfikir tentang seorang rakan yana ni,lahir drp family yg busy,jarang luangkan masa dgn anak2,jarang mempunyai masa utk diberi pengisian rohani,bila masuk sekolah pula,disekolah2 yg hebat2,kawan-kawan pula xramai yg dapat beri nasihat dengan baik,

Dan dia perlu mencarinya sebagai self starter,tp yana x,sebab yana ade org yg bantu then baru yana berfikir tentang itu dan ini.ujian mereka lagi hebat sebenarnya~alangkah beruntungnya andai mereka berjaya dalam ujian itu~ameen Ya Rabb,bantulah sahabatku itu,peliharalah hatinya~mudahkan jalan dia dalam mencapai redhaMu..ameen..

Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan sabda Rasulullah s.a.w :
“ Perumpamaan seorang muslim dengan muslim yang lain adalah seperti sebuah binaan, ia saling menguatkan.”
Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang diriwayatkan oleh Muslim : “Perumpamaan orang-orang mukmin pada kasih sayang, rahmat dan perasaan mereka adalah seperti sebuah jasad, apabila sebuah anggota mengadu kesakitan seluruh jasad akan turut berasa sakit.”

27 May 2009

hati~kene jaga hati baik2~


dalam kesibukan exam,yana perlukan pengisian juge~

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Rasulullah saw bersabda:

“Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh ada segumpal daging. Bila ia baik maka baiklah seluruh badannya, dan bila buruk, maka buruklah semuanya. Ia adalah hati.”

Jelas sekali qalbu atau hati menjadi raja dalam mengawal setiap pergerakan dan perlakuan manusia. Bahkan qalbu jugalah yang menjadi paksi sebenar untuk mencungkil dan menggilap potensi yang ada di dalam diri setiap individu. Qalbu adalah anggota badan manusia yang paling mulia kerana qalbu mampu menjadi sumber inspirasi akal, ilmu, kesabaran, keberanian, kemuliaan, cinta, kehendak dan seluruh sifat-sifat terpuji. Tetapi qalbu juga akan menjadi tempat bersarangnya hasad, cemburu buta, kesedihan, marah, dendam kesumat yang akan menjatuhkan maruah dan jati diri insan.
Abu Hurairah r.a berkata:

“Hati adalah raja dan anggota badan sebagai bala tenteranya. Bila rajanya baik, baik pula pasukannya dan bila jahat, maka jahat pula pasukannya.”